Monday, May 4, 2009

INTERAKSI 7

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.
KONSEP
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
• Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
• Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.
FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan
* Pelajar mengenal pasti dan merekod
• objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
• kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat
• jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
• bukti menunjukkan objektif tercapai
• bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
* Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
* Menghasilkan kerja yang terancang
* Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

________________________________________
BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
1. Penilaian objektif tugasan
• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru
2. Hasil Pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
3. Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny


________________________________________
FORMAT / BENTUK KONTRAK
Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

PERINGATAN:
• Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru
• Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat
CONTOH FORMAT KONTRAK PEMBELAJARAN INDIVIDU.
Mata Pelajaran:
Nama:
Tahun/Tingkatan:
Hasil Pembelajaran:
Peringkat Apa yang saya ingin capai pada peringkat ini Bagaimana saya akan laksanakan peringkat ini Jangka waktu pelaksanaan peringkat Bagaimnakah penilaian pada peringkat ini dibuat Catatan







Tandatangan kendiri
……………………………….
(Nama: ) Tarikh:
Tandatangan Rakan Sebaya
………………………..
(Nama: ) Tarikh:
Tandatangan Guru
……………………..
(Nama: ) Tarikh:


PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.________________________________________

KONSEP

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
• Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
• Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak


Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.________________________________________
FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan
* Pelajar mengenal pasti dan merekod
• objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
• kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat
• jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
• bukti menunjukkan objektif tercapai
• bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
* Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
* Menghasilkan kerja yang terancang
* Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
1. Penilaian objektif tugasan
• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru
2. Hasil Pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
3. Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

FORMAT / BENTUK KONTRAK
Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

PERINGATAN:
• Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru
• Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat


Penilaian Melalui Soal Jawab
Pelajar-pelajar telah diminta untuk menilai sendiri tahap pencapaian kemahiran
insaniah yang dicapai sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan
melalui borang soal selidik yang disediakan. Mereka perlu menentukan tahap
pencapaian samada 1 (sangat kurang), 2 (kurang), 3 (sederhana), 4 (tinggi) dan 5
(sangat tinggi). Elemen-elemen kemahiran insaniah yang dinilai ialah:
Kemahiran• bekerja dalam pasukan (KI1)
Kebolehan• untuk memimpin dan menerajui projek (KI2)
Kemahiran• komunikasi (penulisan & lisan) (KI3)
Berkeyakinan• tinggi dalam memberikan pendapat (KI4)
Kemahiran• berfikir secara kritis & menyelesaikan masalah (KI5)
Kesedaran• berkaitan kepentingan penjagaan alam sekitar (KI6)
Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga diminta untuk memberi komen untuk
tujuan penambahbaikan kaedah pengajaran yang digunakan.
________________________________________
Penilaian kendiri dibuat untuk melihat sejauhmana pelajar-pelajar menilai diri
mereka setelah mengikuti proses pembelajaran. Rajah 2 menunjukkan keputusan
penilaian kendiri pelajar-pelajar berkaitan tahap pencapaian kemahiran insaniah.
Daripada 33 borang soal selidik yang telah diberikan kepada pelajar, sebanyak 32
borang telah dikembalikan. Merujuk kepada keputusan soal selidik yang dibuat
iaitu dalam kategori tahap ”sangat tinggi” (5) dicapai, kesedaran berkaitan
kepentingan penjagaan alam sekitar (KI6) adalah tertinggi dipilih oleh pelajar
diikuti dengan kemahiran berkomunikasi (KI3) dan kemahiran berfikir secara
kritis dalam menyelesaikan masalah (KI5). Manakala untuk tahap ”tinggi’ (4)
dicapai, kemahiran bekerja secara berkumpulan (KI1) adalah mencatatkan pilihan
yang tertinggi. Secara keseluruhannya bagi tahap ”sangat tinggi” dan ”tinggi”,
pencapaian yang tertinggi dicapai oleh pelajar ialah kesedaran berkaitan
penjagaan alam sekitar (KI6) dan diikuti bekerja secara berkumpulan (KI1).
Kebolehan berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah (KI5) adalah
kriteria yang paling rendah dipilih oleh pelajar.
RAJAH 2 Keputusan penilaian kendiri pelajar terhadap pencapaian kemahiran
Insaniah

Penilaian Kemahiran Insaniah Dalam Kursus Sistem Bioreaktor KW4113
24
Pelajar-pelajar ini datang daripada latarbelakang yang berbeza, mempunyai
tahap kepandaian yang berbeza dan juga mempunyai tingkahlaku sosial yang
berbeza. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi kebolehan pelajar untuk
kolaborasi bersama rakan sekumpulan dalam mengenalpasti penyelesaian
masalah. Ianya berkait rapat dengan kemahiran berfikir secara kritis. Kemahiran
berfikir secara kritis pada pandangan penulis memerlukan pembelajaran secara
kolaboratif di mana pelajar-pelajar dalam satu kumpulan dapat berinteraksi
secara berkesan antara satu sama lain untuk menganalisis, mensintesis dan
seterusnya dapat membuat pertimbangan dalam menyelesaikan masalah. Dari
komen yang diberikan oleh pelajar, pembelajaran secara kolaborasi di dalam
kelas mampu meningkatkan kefahaman mereka dengan lebih mendalam. jika
dibandingkan dengan mendengar syarahan semata-mata. Selain daripada itu
pelajar juga mencadangkan supaya diadakan kerjasama dengan pihak industri
dalam projek PBL yang diberikan. Ini mampu mendedahkan mereka dengan
masalah sebenar di industri.
Kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar telah banyak didedahkan kepada
pelajar-pelajar ini seawal mereka berada di universiti lagi. Antara kursus yang
berkaitan ialah KH2173 iaitu Pengenalan Kejuruteraan Sekitaran yang diajar
semasa mereka berada di tahun 2. Pelajar-pelajar ini merupakan kumpulan
perintis kepada kaedah pengajaran & pembelajaran PBL dan mereka banyak
terlibat dengan aktiviti-aktiviti berkaitan kesedaran alam sekitar iaitu aktiviti kitar
semula, pameran alam sekitar dan juga telah mengikuti beberapa siri lawatan
sambil belajar (Shahrom 2005). Ini banyak membantu meningkatkan kesedaran
mereka kepada penjagaan alam sekitar apabila mereka berada di tahun akhir.

KESIMPULAN
Hasil daripada penilaian tahap kemahiran insaniah pelajar-pelajar ini akan dapat
memberi panduan yang jelas dalam usaha memperbaiki kaedah pengajaran dan
pembelajaran PBL yang dijalankan. Pembelajaran secara kolaboratif iaitu melalui
interaksi secara berkesan di antara pelajar-pelajar mampu meningkatkan
kemahiran insaniah mereka.

No comments:

Post a Comment