PENILAIAN MELALUI PROJEK
PENGENALAN
Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan . Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.
TUJUAN
Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab
2. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi
3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah
4. Memotivasikan pelajar untuk belajar
5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin
6. Membenarkan pelajar menentukan peranan
7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya
LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek
Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek
Langkah 3 : Melaksanakan strategi
Langkah 4 : Memproses Maklumat
Langkah 5 : Menilai Hasil Projek
KERTAS KERJA MENGENAI PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) UNTUK STAF UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Untuk makluman dan kelulusan Majlis Eksekutif Universiti tentang cadangan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan Bagi Tahun 2003.
2.0 PENGENALAN
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) merupakan elemen baru yang diperkenalkan di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) bagi menilai tahap kompetensi anggota Perkhidmatan Awam menerusi peperiksaan, kursus dan amali.
3.0 TUJUAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
PTK diperkenalkan bertujuan :
i) Menggalakkan pembangunan diri (self development) melalui pembelajaran berterusan;
ii) Menggalakkan penggunaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti, inovasi dan multi-skilling dalam pelaksanaan tugas;
iii) Menerapkan budaya kerja berpasukan;
iv) Memantapkan organisasi pembelajaran (learning organization) dalam sektor awam selaras dengan matlamat melahirkan pekerja berpengetahuan (k-workers).
v) Melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi; dan
vi) Membolehkan pengiktirafan diberi kepada anggota melalui Anjakan Gaji.
4.0 TAHAP PENILAIAN KECEKAPAN
4.1 Kumpulan Pengurusan dan dan Profesional
(i) Penilaian Tahap Kecekapan 1
Mengukur tahap pengetahuan dan kefahaman seseorang anggota dari aspek pengetahuan, kefahaman serta ciri-ciri sikap, nilai dan etika kerja yang diperlukan bagi sesuatu pekerjaan atau jawatan.
(ii) Penilaian Tahap Kecekapan 2
Mengukur kefahaman dan aplikasi dari segi pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi berkaitan dengan bidang tugas jawatannya serta mampu memberi khidmat nasihat dan boleh menyebarkannya kepada orang lain.
(iii) Penilaian Tahap Kecekapan 3
Menilai pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi serta kebolehan anggota memberi khidmat nasihat dan menyebarkan pengetahuan kepada orang lain serta memberi sumbangan yang berkesan kepada organisasi sesuai dengan gred jawatan yang disandang.
(iv) Penilaian Tahap Kecekapan 4
Menilai pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan, nilai-nilai peribadi dan kebolehan anggota mensintesis isu dan masalah. Ia juga menilai keupayaan anggota membimbing anggota lain di bawah bidang kawalannya sesuai dengan gred jawatan yang disandang.
(v) Penilaian Tahap Kecekapan 5
Menilai pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi serta kebolehan anggota membimbing beberapa pasukan kerja atau fungsi organisasi sesuai dengan gred jawatan yang disandang.
(vi) Penilaian Tahap Kecekapan 6
Menilai kemantapan anggota sebagai pemimpin dan pengurus dalam mengemudi perubahan dan usaha-usaha pembaharuan perkhidmatan awam sesuai dengan bidang tugas dan taraf jawatannya.
4.2 Kumpulan Sokongan
(i) Penilaian Tahap Kecekapan 1
Mengukur tahap pengetahuan dan kefahaman serta tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi seseorang anggota dalam memahami peraturan, prosedur dan sistem kerja sesuai dengan tugas jawatannya.
(ii) Penilaian Tahap Kecekapan 2
Mengukur tahap kemahiran seseorang anggota dalam memahami dan mengaplikasi peraturan, prosedur dan sistem kerja dalam menjalankan tugas jawatannya.
(iii) Penilaian Tahap Kecekapan 3
Mengukur keupayaan seseorang anggota mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi serta mampu menyelia dan boleh memberi khidmat nasihat dan pandangan sesuai dengan tugas jawatannya.
(iv) Penilaian Tahap Kecekapan 4
Menilai pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi serta berkebolehan anggota membantu ketua jabatan dalam urusan pentadbiran pejabat dan penyeliaan anggota di bawah kawalannya dengan berkesan.
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
5.1 Penilaian Tahap Kecekapan bagi semua kumpulan perkhidmatan dilaksanakan seperti berikut :
(i) Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Tahap Kecekapan 1 : Kursus Kenegaraan dan Peperiksaan;
Tahap Kecekapan 2 : Peperiksaan; dan
Tahap Kecekapan 3 :
Tahap Kecekapan 4 :
Tahap Kecekapan 5 : Kursus
Tahap Kecekapan 6 :
(ii) Kumpulan Sokongan
Tahap Kecekapan 1 : Kursus Kenegaraan dan Peperiksaan
Tahap Kecekapan 2 :
Tahap Kecekapan 3 : Peperiksaan; dan
Tahap Kecekapan 4 : Kursus
5.2 Kandungan Sukatan Peperiksaan dan Kursus
Kandungan sukatan peperiksaan dan kurikulum kursus hendaklah berdasarkan kepada kompetensi anggota. Kompetensi boleh dibahagikan kepada dua komponen seperti berikut :
(i) Kandungan Umum (Generic Competency) iaitu tahap pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi yang perlu dimiliki oleh setiap anggota tanpa mengira gred jawatan dan organisasi anggota berkenaan; dan
(ii) Kandungan Khusus (Functional Competency) iaitu tahap pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi yang diperlukan bagi melaksanakan bidang tugas sesuatu jawatan secara khusus dan berkesan.
Kedua-dua elemen kompetensi ini akan disepadukan dalam pembentukan profil kecekapan yang perlu bagi seseeorang anggota awam dalam menjalankan tugas-tugas jawatan yang disandang.
Pembangunan sukatan peperiksaan dan kurikulum kursus berasaskan kompetensi boleh digubal berdasarkan kepada :
(i) Analisis jawatan dan tugas (job analysis dan task analysis); dan
(ii) Analisis jurang kompetensi,
Bagi menentukan tahap pengetahuan dan kemahiran serta tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi yang diperlukan bagi sesuatu gred jawatan untuk melangkah sesuatu Tahap Kecekapan.
5.3 Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan
Aras Kesukaran Peperiksaan
Aras kesukaran bagi setiap Tahap Kecekapan adalah seperti berikut :
(i) Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(a) Tahap Kecekapan 1 : Tahap pengetahuan dan
kefahaman
(b) Tahap Kecekapan 2 : Tahap kefahaman dan
aplikasi
(ii) Kumpulan Sokongan
(a) Tahap Kecekapan 1 : Tahap pengetahuan dan
kefahaman
(b) Tahap Kecekapan 2 : Tahap kefahaman dan
aplikasi
(c) Tahap Kecekapan 3 : Tahap aplikasi
Bentuk Peperiksaan
Bentuk peperiksaan adalah seperti berikut :
(i) Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Tahap Kecekapan Bentuk Peperiksaan
Tahap Kecekapan 1 Esei
Tahap Kecekapan 2 Esei
(ii) Kumpulan Sokongan
Tahap Kecekapan Bentuk Peperiksaan
Tahap Kecekapan 1 Aneka Pilihan
Tahap Kecekapan 2 Aneka Pilihan
Tahap Kecekapan 3 Esei
Universiti boleh menentukan bentuk peperiksaan atau penilaian yang sesuai (esei/aneka pilihan/amali/pemerhatian/ujian lisan) tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Dasar Penilaian Kompetensi.
5.4 Kursus Penilaian Tahap Kecekapan
Aras Kesukaran Kursus
Aras kesukaran kursus bagi setiap Tahap Kecekapan adalah seperti berikut
(i) Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(a) Tahap Kecekapan 3 : Tahap keupayaan memberi
sumbangan di dalam lingkungan kumpulan kerja dan fungsinya.
(b) Tahap Kecekapan 4 : Tahap keupayaan mem-
bimbing di lingkungan atau tugas kerja.
(c) Tahap Kecekapan 5 : Tahap keupayaan mem-
bimbing dan mengetahui serta melaksanakan tugas-tugas di peringkat yang lebih tinggi.
(d) Tahap Kecekapan 6 : Tahap keupayaan mengetuai
sesebuah organisasi dan melaksanakan sebarang tugas.
(ii) Kumpulan Sokongan
(a) Tahap Kecekapan 4 : Tahap keupayaan membantu pengurusan pejabat dan penyeliaan anggota di bawah kawalannya.
6.0 CADANGAN PELAKSANAAN PTK DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
6.1 Tarikh Pelaksanaan : April 2003
6.2 Cadangan Perlantikan Badan Pengurusan
6.2.1 Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia
Keanggotaan adalah dicadangkan seperti berikut :
Pengerusi - Naib Canselor
Setiausaha - Pendaftar
Ahli-Ahli - Timbalan Naib Canselor (Akademik)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik)
- Timbalan Naib Canselor ( Pembangunan)
Bidang Tugas
a) Bertanggungjawab dalam urusan penilaian prestasi staf
b) Mengenalpasti keperluan staf
c) Mengesyorkan bimbingan dan kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi dan motivasi
d) Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pencalonan anugerah pingat/bintang kebesaran dan pemberian surat penghargaan
e) Menentukan penempatan dan pembangunan kerjaya staf
6.2.2 Jawatankuasa Penilaian Kompetensi
Keanggotaan adalah dicadangkan seperti berikut :
Pengerusi - Naib Canselor/TNC (A/P)
Setiausaha - KPT BSM (N54)
Ahli-ahli - Bendahari
- Ketua Pustakawan
Bidang Tugas
a) Menentukan dasar peperiksaan dan kursus PTK
b) Meluluskan sukatan peperiksaan dan kurikulum kursus PTK
c) Melantik Panel Peperiksaan dan Panel Penilaian
d) Memantau peperiksaan dan kursus yang dikendalikan oleh Universiti
e) Mempertimbangkan dan membuat keputusan kepada kes rayuan peperiksaan dan/atau kursus
f) Penentuan dasar pengecualian menduduki peperiksaan dan/atau kursus
6.2.3 Jawatankuasa Pengubal Kokurikulum Kursus
Keanggotaan adalah dicadangkan seperti berikut :
Pengerusi - Pendaftar
Setiausaha - Pegawai BSM
Ahli -ahli - Setiap Ketua Bahagian bagi Skim-skim yang terlibat.
Bidang Tugas
a) Menentukan garis panduan pengubal kurikulum dan silibus kursus PTK
b) Melantik kumpulan pakar dan teknikal untuk menyediakan kurikulum kursus
c) Menimbang draf kumpulan kursus daripada kumpulan teknikal kurikulum kursus
d) Memperakukan kurikulum kursus kepada Jawatankuasa Kompetensi
e) Menyediakan kaedah penilaian kursus
6.2.4 Jawatankuasa Panel Penilaian Kursus
Keanggotaan adalah dicadangkan seperti berikut :
Pengerusi - Ketua Jabatan/Bahagian atau Wakil
Setiausaha - Pegawai Sumber Manusia Jabatan/Bahagian
Ahli-ahli - Wakil Jabatan/Bahagian
- Timb. Pendaftar Sumber Manusia
- Wakil-wakil lain yang bersesuaian
Bidang Tugas
a) Menilai prestasi peserta secara individu dan kumpulan
b) Menilai kesesuaian cadangan soalan-soalan ujian
c) Menetapkan markah lulus
d) Mengesahkan keputusan ujian kursus
e) Menyediakan laporan pencapaian kursus
f) Mengemukakan perakuan bagi anggota yang gagal menamatakan kursus
6.2.5 Jawatankuasa Penilaian Peperiksaan
Keanggotaan adalah dicadangkan seperti berikut :
Pengerusi - Pendaftar
Ahli - Ketua Skim Perkhidmatan Yang Ditetapkan
- * Contoh untuk skim perkhidmatan N
- Seorang KTP/TP (N54)
- 2 orang (N48) KPP/TP
- 2 orang (N41) /PP
Bidang Tugas
a) Menentukan taraf dan mutu soalan
b) Melantik pengubal soalan
c) Melantik pemeriksa kertas jawapan
d) Menetapkan markah lulus
e) Meluluskan soalan-soalan peperiksaan yang disediakan oleh pengubal
f) Menyediakan laporan dan analisis peperiksaan kepada JKK
g) Memperakukan kes-kes pelanggaran peraturan peperiksaan kepada JKK.
6.3 Calon yang akan menduduki PTK 2003
Jumlah calon yang akan menduduki PTK adalah :
a) Kumpulan Pengurusan dan Profesional
i) Peperiksaan : 200 orang
ii) Kursus : 1000 orang
b) Kumpulan Sokongan
i) Peperiksaan : 400 orang
c) Kumpulan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
i) Amali/Ujian Khas : 122 orang
6.4 Keperluan Sumber Manusia
Bagi melaksanakan kursus dan peperiksaan PTK untuk tahun 2003, keperluan sumber manusia adalah seperti berikut :
Keperluan sumber manusia ini adalah merupakan tambahan baru bagi perjawatan yang sedia ada bagi membolehkan PTK dapat dilaksanakan pada April 2003.
Perjawatan yang diperlukan :
1. Ketua Penolong Pendaftar - Ketua Unit
2. Penolong Pendaftar - 2 orang
3. Pembantu Tadbir - 3 orang
(Perkeranian/Operasi)
6.6 Keperluan Kewangan
Pelaksanaan PTK bagi tahun 2003 melibatkan keperluan kewangan seperti berikut :
1. Anggaran Perbelanjaan Pengurusan RM 111,300.00
Peperiksaan :
2. Anggaran Perbelanjaan kursus :
Pilihan Dalam kampus (A) : RM 669,340.00
Pilihan Luar kampus (B) : RM 1,829,750.00
3. Jumlah keseluruhan Perbelanjaan
i) Pelaksanaan dalam kampus
RM 669,340.00
RM 136,000.00
----------------------
RM 805,340.00
=============
ii) Pelaksanaan luar kampus
RM 1,829,750.00
RM 136,000.00
----------------------
RM 1,965,750.00
==============
ANGGARAN PERBELANJAAN PEPERIKSAAN PENILAIAN
TAHAP KECEKAPAN BAGI TAHUN 2003
Bil. Perkara Jumlah
(RM)
1. Penggubalan Soalan
4 orang panel x 10 peperiksaan (5 TK) x RM300.00
12,000.00
2. Pengawas Peperiksaan
5 orang x 10 peperiksaan (5 TK) x RM100.00
5000.00
3. Proses Pengurusan Peperiksaan
Penyediaan Kertas Soalan
3000 rim x RM11.00
Mencetak Kertas Kertas Jawapan
Sampul Bungkusan Soalan
RM2.50 x 1000 keping
Sampul Bungkusan Kertas Jawapan
RM2.50 x 1000 keping
Mencetak Borang OMR
- Art Work
- RM0.60 x 10,000 keping
Stiker Kertas Soalan
- RM5.00 x 500 keping
Stiker Kertas Jawapan
- RM5.00 x 500 keping
Jam
- 10 unit x RM50.00
Mesin OMR
33,000.00
20,000.00
2,500.00
2,500.00
500.00
6,000.00
2,500.00
2,500.00
500.00
44,000.00
4. Kontigensi 5,000.00
JUMLAH KESELURUHAN 136,000.00
Anggaran Perbelanjaan
Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Bagi Tahun (2003)
1. Pilihan A : Kursus dilaksanakan di dalam kampus
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
1. Kumpulan Bukan Akademik
Tahap kecekapan (TK1) hingga Tahap Kecekapan 6 mengandungi 5 kursus PTK.
2. a) Sajian RM
RM15 x 30 orang x 14 hari x 7 kursus 44,100.00
b) Peralatan Kursus
RM 20 x 30 orang x 7 kursus 4,200.00
c) Honorarium Penceramah
RM100 x 6 jam x 14 hari x 7 kursus 58,800.00
d) Honorarium Fasilitator
e)
RM50 x 6 jam x 14 hari x 7 kursus 29,400
f) Pengangkutan (Penceramah Jemputan)
i) Kapalterbang
RM 366 x 5 kali x 7 kursus 12,810.00
g) Penginapan (Penceramah Jemputan)
RM125 x 5 hari x 7 kursus 4,375.00
f) Kontegensi 5,000.00
---------------------
Jumlah RM 158,685.00
=============
2. Kumpulan Kakitangan Akademik
a) Sajian RM
RM15 x 30 orang x 14 hari x 23 kali 144,900.00
b) Peralatan Kursus
RM 20 x 30 orang x 23 kursus 13,800.00
c) Honorarium Penceramah
RM100 x 6 jam x 14 hari x 23 kursus 193,200.00
d) Honorarium Fasilitator
RM50 x 6 jam x 14 hari x 23 kursus 96,600.00
e) Pengangkutan
i) Kapalterbang
RM 366 x 5 kali x 23 kursus 42,090.00
ii) Penginapan
RM125 x 10 hari x 23 kali 28,750.00
f) Kontigensi 10,000.00
----------------------
Jumlah RM 529,340.00
=============
C. Peralatan Kursus
a) Notebook dan LCD RM 120,000.00
RM 20,000 X 6 unit
b) Buku Rujukan RM 20,000.00
-------------------------
Jumlah RM 140,000.00
-------------------------
-------------------------
JUMLAH KESELURUHAN RM 669,340.00
===============
Anggaran Perbelanjaan
Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Bagi Tahun (2003)
2. Pilihan B : Kursus dilaksanakan di luar universiti
Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik)
2.1 Kumpulan Kakitangan Bukan Akademik
Tahap kecekapan (TK1) hingga Tahap Kecekapan 6 mengandungi 5 kursus PTK.
RM
a) Pakej Seminar (hotel, makanan dan tempat)
RM85 x 30 orang x 14 hari x 7 kursus 249,900.00
b) Peralatan Kursus
RM 20 x 30 orang x 7 kursus 4,200.00
h) Honorarium Penceramah
RM100 x 6 jam x 14 hari x 7 kursus 58,800.00
i) Honorarium Fasilitator
RM50 x 6 jam x 14 hari x 7 kursus 29,400.00
j) Pengangkutan
ii) Kapalterbang (Penceramah Luar)
RM 366 x 5 kali x 7 kursus 12,810.00
ii) Kenderaan 7,000.00
k) Penginapan (Penceramah Luar)
RM125 x 5 hari x 7 kursus 4,375.00
i) Kontigensi 27,000.00
---------------------
Jumlah RM 647,585.00
=============
4. Kumpulan Kakitangan Akademik
a) Pakej Seminar RM
RM85 x 30 orang x 14 hari x 23 kursus 821,100.00
e) Peralatan Kursus
RM 20 x 30 orang x 23 kursus 13,800.00
f) Honorarium Penceramah
RM100 x 6 jam x 7 hari x 23 kursus 96,600.00
RM200 x 6 jam x 7 hari x 23 kursus 193,200.00
g) Pengangkutan
iii) Kapalterbang
RM 366 x 5 kali x 23 kursus 42,090.00
ii) Kenderaan 1,000.00
h) Penginapan
RM125 x 5 hari x 23 kursus 14,375.00
----------------------
Jumlah RM 1,182,165.00
=============
JUMLAH KESELURUHAN RM1,829,750.00
=============
Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia
Jawatankuasa Penilaian Kompetensi
7.0 SYOR
Majlis dengan hormatnya dipohon untuk memberi pertimbangan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk staf Universiti Utara Malaysia.
Disediakan oleh : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tarikh : 05 Februari 2003
AA/sfa – MEU – Kertaskerja PTK 1 Disember 2002
Lampiran 2
JKPSM (Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia)
Monday, May 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment