Monday, May 4, 2009

INTERAKSI 14

Pengenalan Pengukuran Dalam Pendidikan
Teknik-teknik pembinaan ujian, membina item dan menganalisis item, ciri-ciri ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria; pertimbangan dalam memilih dan menggunakan ujian tara pencapaian dan bakat. Pelajar akan didedahkan kepada teknik-teknik pembinaan ujian; ujian esei dan ujian objektif; membina item dan menganalisis item; memahami ciri-ciri ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria; pertimbangan dalam memilih dan menggunakan ujian tara dan pencapaian bakat.

Aplikasi Penyelidikan Pengukuran dan Penilaian
Aplikasi teori psikometrik terhadap masalah-masalah lanjutan yang berhubung dengan pengukuran dalam penyelidikan. Prinsip-prinsip dalam penggunaan dan pembinaan kaedah pengukuran dalam pendidikan.

Ujian Dalam Pengajaran dan Bimbingan
Analisis ujian-ujian tara yang digunakan dalam program bimbingan dan rundingcara. Mengenalpasti ujian-ujian yang sesuai untuk bimbingan. Perbincangan mengenai penggunaan alat-alat ujian, menilai alat-alat ujian tersebut dan membuat intepretasi mengenainya.

Penilaian Program
Pelajar akan didedahkan kepada pendekatan bagi menilai program-program yang berkaitan dengan pendidikan; perbincangan tentang mustahaknya matlamat program dan hasil-hasil diluar jangkaan; peranan pengukuran kognitif dan afektif; temubual dan data pemerhatian.

Analisis Varians
ANOVA dan analisis regressi bagi rekabentuk kajian faktorial dan pendekatan ANOVA kepada rekabentuk ‘nested’, ‘repeated measures’ dan ‘covarian’. ANOVA satu hala dan ANOVA satu hala dan ANOVA dua hala juga dibincangkan.

Isu Dalam Penilaian Program
Topik-topik yang dibincangkan termasuklah penilaian dan membuat keputusan, penilaian luaran dan dalaman, penilaian kualitatif dan kuanttitatif, penilaian dan penyelidikan dan penilian ‘meta’.

Analisis Faktor
Teori dan penggunaan prosidur analisis faktor. Membincangkan teknik menganalisis korelasi di kalangan item yang terdapat dalam satu-satu kajian. Menentukan faktor atau konstrak yang menggabungkan item mengikut prosidur analisis faktor.

PPF 1293 - Teori Psikometrik
Aspek-aspek teori lanjutan dan pemerolehan formula yang melibatkan kebolehpercayaan, kesahan, analisis item, wajaran dan perbezaan ramalan, sampling dan pembinaan norma dan hubungkait ciri-ciri item dengan statistik ujian.

Isu Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan
Membincangkan isu-isu semasa mengenai pengukuran dan penilaian dalam pendidikan khususnya di Malaysia. Peperiksaan Umum Sekolah Rendah (UPSR) dan sekolah menengah (PMR dan SPM) dan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) dan penilaian nilai murni turut dibincangkan.

Analisis Multivariate
Rekabentuk dan analisis kajian penyelidikan yang berkaitan dengna pembolehubah-pembolehubah bersandar dan tak bersandar. Memahami dan menggunakan konsep-konsep Korelasi Berkanun, MANOVA dan Analisis Faktor.

Analisis Tidak Berparameter
Perbincangan tajuk-tajuk pilihan dan penggunaan teknik-teknik Nonparametrik. Memahami konsep-konsep dan menggunakannya dalam penyelidikan : menguji sampel tunggal; menguji dua sampel merdeka; menguji dua sampel berpasangan; Ujian Mann-Whitney-U; Ujian Kruskal-Wallis: dan Ujian Wilcoxon.
Seminar : Pembinaan Ujian
Teknik-teknik dalam penyediaan dan pembinaan item-item ujian pencapaian dan lain-lain ujian. Seminar ini akan membincangkan tentang teknik-teknik dalam penyediaan dan pembinaan item-item ujian pencapaian dan lain-lain ujian. Ujian tara dan peperiksaan umum seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dna Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga turut dibincangkan.

Seminar : Teori ‘Response Item’
Asas-asas teori dan penggunaan praktik. Model-model Matematik dan teknik-teknik anggaran; menitikberatkan isu-isu terkini dalam pengujian. Seminar ini akan membincangkan asas-asas teori dan penggunaan praktik dalam pemilihan jawapan item bagi ujian objektif; model-model Matematik dan teknik-teknik anggaran; menitikberatkan isu-isu terkini dalam pengujian.

PPF 2231 - Seminar : Pengujian Tara
Pembinaan ujian tara, kesahan dan keboleh percayaan, penggunaan, jenis-jenis ujian di peringkat sekolah dan pengajian tinggi.

Rekabentuk Instrumentasi dan Skala
Perkara yang dibincangkan termasuklah isu-isu teori dan perkaedahan yang berkaitan dengan pembinaan skala tinjauan, prosidur ‘sampling’ dan ‘response bias’. Kaedah membina instrument kajian juga diberikan lebih perhatian.
Kaedah Pengkalan
Teori dan penggunaan teknik-teknik dalam teknik-teknik skala satu dimensi dan multidimensi. Memahami teori-teori mengenai pengskalan (scaling). Membincangkan penggunaan teknik-teknik dalam teknik skala satu dimensi (uni-dimensional) dan teknik skala pelbagai dimensi (multi-dimensional).

INSTRUMENT PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran dalam Mengurus dan Memimpin Pelaksanaan
Pendaftaran Peperiksaan

1.1 Pendaftaran mengikut jenis calon
1.2 Cara pendaftaran
1.3 Syarat dan peraturan peperiksaan
1.4 Inden calon
1.5 Maklumat calon

2. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran dalam Mengurus dan Memimpin Pelaksanaan
Pendaftaran dan Pengendalian Peperiksaan

2.1 Sistem pengawasan peperiksaan

2.2 Pengedaran skrip jawapan calon kepada pemeriksa

2.3 Pemeriksaan skrip jawapan


3. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran dalam Mengurus dan Memimpin Pelaksanaan
Perekaan Bentuk Instrumen Pentaksiran

3.1 Pengkonsepsian

3.2 Pembentukan format pentaksiran

3.3 Penyediaan item / instrument contoh

3.4 Kajian kesesuaian

3.5 Pendokumentasian spesifikasi ujian dan dokumen format pentafsiran

4. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran dalam Mengurus dan Memimpin Pelaksanaan
Penghasilan Instrumen Pentaksiran

4.1 Penghasilan item objektif dan subjektif
4.1.1 Jenis-jenis item objektif
4.1.2 Prosedur pembinaan item objektif
4.1.3 Pembinaan item objektif

4.2 Penghasilan item subjektif
4.2.1 Jenis-jenis item subjektif
4.2.2 Prosedur pembinaan item subjektif
4.2.3 Pembinaan item subjektif
4.2.4 Pembinaan peraturan pemarkahan
4.3 Pemasangan instrumen pentadbiran
4.3.1 9 poin sistem
4.4 Praujian
4.4.1 Persampelan
4.4.2 Pentadbiran pra ujian
4.2.3 Pengendalian pra ujian
4.5 Bank item
4.5.1 Penganalisisan item
4.5.2 Pengklasifikasian item

5. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran dalam Mengurus dan Memimpin Pelaksanaan
Penghasilan Instrumen Pentaksiran

5.1 Menghasilkan Dokumen Pentaksiran
5.1.1 Pentaksiran Pusat
5.1.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
5.2 Memasang Instrumen Pentaksiran
5.3 Mengkaji Semula Instrumen Pentaksiran

6. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran dalam Mengurus dan Memimpin Pelaksanaan
Pelaporan Pencapaian Murid dalam Peperiksaan

6.1 Sistem penggredan
6.3 Laporan prestasi calon
6.4 Laporan prestasi ujian

7. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran dalam Mengurus dan Memimpin Pelaksanaan
Pengurusan Pengendalian Peperiksaan dan Penghasilan Instrumen dari segi
Keselamatan

7.1 Keselamatan fizikal
7.2 Keselamatan personel
7.3 Keselamatan dokumen
7.4 Keselamatan ICT


8. Pengaplikasian Nilai dan Sikap Terpuji dalam Mengurus dan Memimpin Pelaksanaan Urusan
Peperiksaan, Pengendalian Maklumat, dan Dokumen

8.1 Tahap menyedari nilai dan sikap dalam urusan
Maklumat Personel
Dokumen/bahan

8.2 Tahap menyedari kepentingan nilai dan sikap
Peka terhadap peraturan peperiksaan
Mematuhi peraturan berkaitan peperiksaan
Berdisiplin tinggi
Menepati masa / jadual kerja
Mengambil tindakan tanpa prejudis
Prihatin terhadap masa depan calon

8.3 Tahap melaksanakan
Menjaga keselamatan maklumat dan bahan terperingkat
Keadilan kepada calon
Penghasilan instrumen yang sah dan boleh dipercayai
Menjamin kewibawaan institusi

No comments:

Post a Comment