Monday, May 4, 2009

INTERAKSI 10

Kriteria-Kriteria Penilaian

i) Pihak jawatankuasa perlu mencadangkan nama-nama panel hakim yang hendak dilantik kepada pihak pengurusan LKIM melalui Unit Kualiti. Surat perlantikan akan dikeluarkan sebaik sahaja nama-nama tersebut diperolehi.

ii) Bilangan panel hakim boleh dibuat sekurang-kurangnya 3 orang sama ada dari kakitangan LKIM atau luar daripada LKIM yang pakar dalam penulisan pidato.

iii) Semua keputusan yang diterima daripada panel hakim adalah rahsia dan keputusannya adalah muktamad.

KRITERIA-KRITERIA PENGHAKIMAN/PEMARKAHAN

Kriteria-kriteria pemarkahan yang akan digunakan dalam penilaian pidato tersebut adalah seperti berikut:

Bil Kriteria Markah Penilaian

1. Isi dan Olahan 20%
2. Analisa Masalah/Fakta 30%
3. Gaya Berbahasa 20%
4. Cadangan Idea 30%

JUMLAH 100%

Jawatankuasa yang dilantik boleh juga memutuskan untuk membuat sebarang perubahan yang difikirkan perlu terhadap kriteria di atas.

8. Cara Penilaian

Anugerah Pidato dinilai berdasarkan dua peringkat iaitu

i) Penilaian dibuat oleh Ahli Jawatankuasa mengikut Negeri atau Zon.
ii) Pemenang bagi setiap zon akan bertanding di Hari Kualiti LKIM.

No comments:

Post a Comment