Taksonomi Bloom
Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive
Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom
1. Pengetahuan
Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses mengingat kembali maklumat, fakta,
definisi dan sebagainya.
Contoh:
Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?
2. Pemahaman
Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini pelajar
menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.
Contoh:
Ahli-ahli sejarah menggunakan sumber arkeologi untuk mengkaji sejarah purba yang tidak
mempunyai sumber bertulis.
Sumber arkeologi berkaitan dengan
A bahan-bahan peninggalan masyarakat dahulu yang tertanam dalam bumi.
B benda-benda yang dijumpai oleh ahli arkeologi dalam usaha cari gali.
C barang-barang yang mempunyai ukiran dan tulisan yang boleh difahami.
D alat-alat perkakas zaman silam yang masih digunakan hingga sekarang.
3. Aplikasi
Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukm atau
prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang
pengetahuan dan maklumat itu, dan kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru.
Contoh:
Pada tahun 1974, bapa Ahma ingin melancong ke negara China tetapi gagal.
Yang manakah berikut menerangkan dengan tepat tentang kegagalan bapa Ahmad itu?
A Beliau membatalkan lawaannya kerana sebab-sebab tertentu.
B Beliau sukar mendapat kebenaran daripada kerajaan.
C Beliau enggan mematuhi peraturan imigresen.
D Beliau belum menyiapkan dokumen perjalanannya.
4. Analisis
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam
komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka
memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan
dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan.
Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah.
Contoh:
Tuk Janggut
Terkorban
Datuk Maharaja Lela
Dibunuh
Haji Abdul Rahman Limbong
Dibuang ke Makkah
Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh di atas menemui kegagalan?
A Perjuangan kurang tersusun.
B Perjuangan atas kepentingan peribadi.
C Perjuangan mendapat tentangan sultan.
D Perjuangan bersifat setempat.
5. Sintesis
Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan
mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang
baru.
Contoh:
Golongan diraja
Ulama Golongan pembesar dan pentadbir
Golongan rakyat jelata
Golongan hamba
Rajah di atas menggambarkan susun lapis masyarakat Melayu Melaka pada abad ke-15.
Yang manakah berikut mempunyai kaitan yang paling tepat dengan golongan-golongan di
atas?
A Mereka mempunyai peranan masing-masing.
B Mereka dilarang mengubah taraf hidup sama sekali.
C Mereka tinggal di kawasan yang berlainan.
D Mereka jarang berhubung satu sama lain.
6. Penilaian
Aras kognitig yang menghendaki pelajar melakukan penilaian, diskriminasi, memberi rasional
dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu.
Contoh:
Ketika mengiringi sultan berangkat, Temenggung memilih tempat duduk di atas kepala gajah.
Temenggung memilih tempat berkenaan kerana
A beliau pandai menggembalai gajah.
B beliau mesti melindungi sultan daripada bahaya.
C beliau mahir dengan selok-belok jalan.
D beliau seorang yang gagah berani
Sunday, February 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment