Sunday, February 22, 2009

INTERAKSI 4

Item Aneka Pilihan

Soalan yang sering digunakan didalam ujian adalah soalan/item aneka pilihan. Item aneka pilihan dikatakan lebih mudah dan skorannya juga lebih senang dikendalikan daripada soalan esei tetapi adalah agak susah dari segi menjawab dengan betul tanpa mengetahui keperluan pengetahuan sebenar dari soalan/item betul-salah. Namun, soalan item aneka pilihan merupakan jenis soalan yang sukar untuk dibina. Berikut adalah beberapa langkah pembinaan badi menyediakan soalan/item aneka pilihan.

1. Nyatakan dengan jelas arahan-arahan samada anda memerlukan jawapan yang tepat atau jawapan terbaik bagi setiap soalan/item.

2. Jangan ulang perkataan-perkataan pada setiap alternatif tetapi hendaklah memasukkan perkataan didalam badan utama soalan. Ini akan memudahkan soalan dibaca dan opsyen mudah dibandingkan. Struktur nahu atau tatabahasa soalan utama hendaklah tidak mempunyai atau mengandungi pembayang bagi respon yang betul.

3. Jadikan alternatif menarik dengan tujuan merangsang pemikiran agar menarik bagi murid yang belum mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

4. Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak.

5. Pastikan semua pilihan anda selaras. Pembina baru selalunya membina jawapan yang panjang dan berhati-hati dan dengan demikian akan mengakibatkan pembayang jawapan diberikan.

6. Jangan biasakan memberi jawapan “ Kesemua diatas “ atau “Tiada satu diatas” sebagai alternatif.

Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan alternatif.
Item aneka pilihan mempunyai tiga komponen asas iaitu :

i) Stimulus
Adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan dan lain-lain lagi.

ii) Stem
Adalah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi.

iii) Pilihan/Opsyen
Adalah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilihan jawapan dan biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain lagi. Komponen ini mengandungi dua fungsi :
a) Kunci bagi pilihan betul atau terbaik
b) Pengganggu/Distraktor yang bertujuan untuk menganggu pelajar dari jawapan sebenar

Item Benar-Salah

Item ini mempunyai pernyataan lengkap samada benar atau salah. Ianya amat sesuai untuk menguji fakta. Item ini menghendaki pelajar menentukan jawapannya benar atau salah atau palsu mengenai pernyataan yang diberi.

Item Mengisi Ruang Kosong

Item jenis ini memerlukan anda memberi rsepon pendek dan kekadang memberi peluang anda menyampaikan idea bebas anda berpandukan kandungan pelajaran atau pun mengikut format yang telah diberikan. Kebiasaannya format item ini amat berguna untuk menguji pengetahuan, komprehensi dan aplikasi mudah. Format agak lebih objektif dari format item esei, namun penskorannya agak subjektif. Tahap membuat tekaan adalah kurang berbanding ujian aneka pilihan kerana peluang meneka dengan tepat adalah lemah. Oleh kerana jawapan bagi soalan ini adalah pelbagaian, maka pemeriksa haruslah memiliki kunci jawapan dan pengetahuan dan kefahaman keatas perkara subjek. Dalam setiap hal, pembina item sahaja yang mengetahui idea dengan jelas dan juga jawapan yang dituntut, maka, adalah perlu untuk mengadakan model jawapan alternatif dan juga kriteria pengredan berkaitan item ujian.

Item ini menghendaki jawapan dalam mengemukakan masaalah dan beberapa penyelesaian masalah atau stimulus dan tindak balas. Setiap penyelesaian masalaah atau tindak balas boleh digunakan sekali, lebih dari sekali atau tidak digunakan langsung. Item ini menghendaki murid/pelajar memadankan masalah dengan penyelesaiannya atau stimulus dan tindak balas yang betul.

Contoh 4. Apakah tiga warna utama yang telah anda pelajari dalam kelas sains ?
Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah _______________ ,
______________ dan ______________ . ( 3 markah)

Pembinaan Item Ujian Subjektif
Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang diberikan. Item ini digunakan supaya pelajar boleh mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Pelajar boleh memberi respons dengan mengemukakan pelbagai jawapan yang bersikaft polikotomus. Oleh itu item ini mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksir kemahiran menganalisis, mensintesis atau membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan yang agak luas kepada pelajar bukan sahaja dari segi mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau pendek respons itu.

Kata Tugas Item Ujian

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh penuli item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item atau soalan. Oleh itu pemilihan dan penggunaan kata tugas yang sesuai pada suatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan respons seperti dihasratkan dalam peraturan pemarkahan.
Kata tugas mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif penilaian yang menggunakan item berkenaan, dimana kata tugas boleh membayangkan kerencaman tugasan sesuatu item. Walau bagaimana pun suatu kata tugas itu tidaklah unik bagi sesuatu objektif penilaian sahaja, kerana terdapat kata tugas yang sama apabila dikaitkan dengan tugasan item yang berlainan akan menagih corak dan jenis respons yang berlainan.
Terdapat kata tugas yang dapat berdiri dengan sendiri untuk menyatakan tugasan item. Walau bagaimanapun terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan item daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan penyampaian tugasan sesuatu item itu lebih jelas.

Item Esei Jawapan Terbatas

Item jawapan terbatas berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah yang diperuntukkan. Manakala panjangnya respons adalah dari segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item ini memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu prasa atau beberapa ayat atau satu perenggan.
Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja. Dengan menghadkan bentuk dan panjangnya respons pelajar, pemarkahan lebih terselaras dan dapat meninggikan kebolehpercayaan skor ujian. Respons yang diharapkan lazimnya dibina atau dipandu berdasarkan stimulus dan tugasan item. Dalam menyediakan item respons terhad, butiran yang disoal boleh melampaui tahap pengetahuan seperti mentaksir kemahiran aplikasi atau menyelesaikan masalah.
Item jawapan terbuka berupaya memfokuskan tugasan item kepada sesuatu tujuan yang khusus namun item jawapan terbuka tidak sesuai digunakan untuk menguji kemahiran intelek yang lebih tinggi. Item jawapan terbuka tidak mampu mengumpulkan evidens yang mencukupi tentang kemahiran berfikir plelajar dan berkemungkinan banyak memberi respons secara terbuka.

Item Esei Jawapan Terbuka

Item jawapan terbuk bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada pelajar secara bertulis. Item ini memberikan kebebasan kepada pelajar untuk merancang dan membentuk jawapan. Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan mereka, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, membentangkan penilaian sesebuah pemikiran atau mengaitkan pemikiran dan perasaan. Oleh itu jenis item ini sesuai untuk mengukur konstruk yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kombinasi kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Meskipun begitu , darjah kebebasan ini tertakluk kepada keperluan tugasan, stimulus dan prompt yang diberi. Item jenis ini membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada pentaksir.
Dalam item respons terbuka, pelajar diperlukan mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun idea-idea dan isi-isi itu dan seterusny menulisnya dengan cara yang logik dan dapat difahami. Peraturan pemarkahan yang disediakan perlulah jelas, terperinci dan komprehensif.

Kekuatan item jawapan terbuka adalah ia boleh :-
a) Menerokai pelbagai pilihan, cara ata pendekatan bagi menyelesaikan masaalah
b) Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat.
c) Menghasilkan sesuatu idea yang asli.
d) Menyatu dan mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran.
e) Mengenalpasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk suatu komunikasi.

Namun item jawapan terbuka juga mempunyai kekangan dalam :-
a) Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk membuat penskoran
b) Memerlukan masa yang agak panjang untuk penskoran dan perbandingan dengan item objektif
c) Penskoran respons pelajar dilakukan secara subjektif dan boleh memberikan kesan ‘halo’ ( potensi dalam ketidaktepatan pemerhatian kesan dari terlalu membuat kesimpulan lebihan keatas sesuatu bukti atau keutamaan atau pengaruh )
d) Memerlukan pelajar menulis dengan bentuk tulisan yang jelas dan boleh dibaca. Bentuk tulisan yang kuang jelas dan sukar dibaca akan menjejaskan pemeriksa untuk memahami idea atau maklumat yang disampaikan dan boleh menjejaskan skor pelajar.

No comments:

Post a Comment