Sunday, February 22, 2009

INTERAKSI 3

Jadual Penentuan Ujian
Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh mmemastikan pengguna diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari.
Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali, sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina item. Keseluruhan proses kaji-semula ini boleh membantu dalam memastikan mutu dan kualiti item ujian mempunyai sifat kesahan, kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil. (Hale, 1980)

Jadual penentuan ujian bukan sahaja membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka mengukur pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar.

Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan sasaram ujian; (2) keseimbangan tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah item; (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan (6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.
Aktiviti

Jadual penentuan ujian dibina sebelum ujian di tulis. Seharusnya ianya hendaklah dibina sebelum pengajaran dimulakan. (Kubiszyn & Borich. 2003; Mehrans & Lehman, 1973; Ooster. 2003). Memang banyak masa dan tenaga diperlukan bagi membina spesifikasi ujian. (Kubiszyn & Borich, 2003). Linn and Gronlund (2000) menyatakan "Walaupun prosesnya mengambill dan memakan masa yang lama, tugasab yang dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan ujian akan membolehkan kerja persediaan lebih mudah dimasa depan.

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

Merujuk pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai / dikuasai murid selepas sesi Pengajaran dan & Pembelajaran. Objektif pengajaran merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas yang berkaitan yang (pengetahuan sedia ada), isi pelajaran; di samping mencadangkan aktiviti guru-murid dalam proses pengajaran-pembelajaran.

Pernyataan objektif pengajaran adalah berasaskan:
i. Hasil yang akan diperolehi murid;
ii. Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur, selepas sesi pengajaran;
iii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;
iv. Darjah atau peringkat perubahan tingkah-laku yang dijangkakan.
v.
Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan:
i) Perkara yang masih belum dikuasai murid;
ii) Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di akhir pengajaran);
iii) Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu;
iv) Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki (misalnya, kemahiran intelektual yang harus dilaksanakan).

Jadual penentuan ujian dibentuk untuk memberi suatu gambaran mengenai kandungan dan format item ujian bagi mengukur objektif pembelajaran. Setiap item penentuan ujian mengandungi perkara-perkara berikut : nombor pengenalan objektif, tahap gred, rangkuman matapelajaran, pengenalan tujuan, penerangan kemahiran, rangsangan dan sample item. Penentuan ujian boleh memberi arah kepada guru dalam memaklumkan pencapaian pelajar dalam pengajaran yang telah diberi. Guru juga boleh membimbing pelajar tentang persediaan menghadapi ujian.

Bagi tujuan ujian berpusat, diantara proses yang dijalankan pembentukan jadual penentuan ujian termasuklah : (1) menentukan dan membentuk piawaian (2) membina spesifikasi ujian (3) membina item (4) mendaftar dan mentadbir ujian dan (5) penskoran, analisa dan pelaporan. Bagi tujuan menentukan piawaian, maklumbalas dari ahli-ahli dari pelbagai bidang hendakah diperolehi. Untuk tujuan itu, tujuan ujian, jenis hasil ujian, bilangan item ujian dan masa yang diperlukan untuk mentadbir ujian, jenis item, definisi kandungan dan kemahiran, ciri-ciri ujian seperti format, kesusahan dan ujian diskriminasi ; kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Pembinaan ujian merangkumi pembinaan item dan pengujian awal. Pendaftaran dan pentadbiran ujian melibatkan calon, tempat ujian dan pentadbiran ujian. Langkah terakhir melibatkan penskoran, analisa dan pelaporan keputusan. (Hecht, 1974)


Pengertian Jadual Penentuan Ujian


Sebelum sesuatu ujaian dapat dibina dengan sempurnanya, satu jadual penentuan ujian atau disebut sebagai JPU mestilah dibentuk terlebih dahulu. JPU merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina. JPU dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU membantu pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan.

Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai prosedur berikut hendaklah diikuti.

1. merancang ujian
2. menggubal soalan
3. memilih dan menyelaras soalan
4. memprauji soalan
5. memasang kertas soalan


Perancangan Ujian dan Pembinaan Jadual Penentuan Ujian

Perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) (Test Table of Specification).

Dalam pembinaan Jadual Penentuan Ujian langkah-langkah berikut hendaklah diikuti.

Mengkaji Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek yang dianalisis ialah

(i) skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk
(ii) pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
(iii) kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain
(iv) kekomplekskan sesuatu tajuk
(v) masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk

Menganalisis Objektif Pendidikan

Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis kemahiran yang perlu di uji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.

Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat penting kepada penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian itu ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian ditentukan, dan pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang ia perlu diuji.

Berdasarkan penganalisaan inilah Jadual Penentuan Ujian dibina. Lazimnya Jadual Penentuan Ujian mengandungi tiga paksi utama.

1. Paksi Kandungan

- Tajuk
- Subtajuk

2. Paksi Kemahiran

- Aras kemahiran

3. Paksi Wajaran

- Peratusan pemberatan setiap tajuk
- Bilangan soalaN


Kepentingan Jadual Penentuan Ujian

Jadual Penentuan Ujian yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya Jadual Penentuan Ujian ialah:

1. Ujian akan dibina secara sistematik.
2. Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
3. Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan
kurikulum.
4. Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke
setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan.
5. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.

No comments:

Post a Comment