Sunday, February 8, 2009

JSU

JSU

Jadual Spesifikasi Ujian

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta

memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan

Kepentingan JSU

Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat

dilakukan secara terancang dan rapi.

Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan

pentingnya tajuk atau objektif pelajaran

Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke

setahun.

Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Pepenyedian JSU

  • JSU mengandungi maklumat tentang:
  • · Bentuk dan panjangnya ujian
  • · Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
  • · JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan
  • · kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
  • · Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan
  • · penegasan yang diberi dalam pengajaran.
  • · Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang
  • · akan diuji.
  • · Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan
  • · soalan subjektif.
  • · Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
  • · Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab
  • · soalan.

Penentuan Aras

Pengetahuan

Aplikasi

Kefahaman

Analisis

Sintesis

Penilaian

ARAS PENGETAHUAN

Ciri soalan

Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan

calon menggunakan bahasa asal

Contoh Kata Kerja

Labelkan

Senaraikan

Manakah

Apakah

ARAS KEFAHAMAN

Ciri Soalan

Memerlukan calon memahami fakta dan

menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasi

dalam bahasanya sendiri

Contoh Kata Kerja

Terangkan

Jelaskan

Huraikan

Tukarkan

ARAS APLIKASI

Ciri Soalan

Memerlukan calon menyelesaikan masalah.Masalah

diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan

gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah

penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.

Contoh Kata Kerja

Selesaikan

Binakan

Carikan

Tunjukkan

Kirakan

Demonstrasikan


No comments:

Post a Comment