PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
Pendidikan sentiasa diperkenalkan dalam pelbagai bentuk atau kaedah pembelajaran yang menarik dan berkesan. Salah satu daripadanya dikenali sebagai portfolio. Pada tahun 1992, Arter dan Spandel menjangkakan istilah portfolio akan menjadi perkataan yang popular.
Bagaimanapun, penggunaan ia tidak begitu jelas dari segi maksud atau bayangan tertentu khususnya apabila digunakan dalam konteks penilaian portfolio. Lalu kedua-duanya memberikan definisi berikut;"... a purposeful collection of student work that tells the story of the student's efforts, progress or achievement in (a) given area (s). This collection must include student participation in selection of portfolio content, the guidelines for selection, the criteria for judging merit, and evidence of student self-reflection."
Definisi ini menerangkan perkembangan semula jadi dalam proses penilaian dan menekankan penglibatan aktif pelajar tentang apa yang mereka tahu dan boleh buat. Dimensi lain ialah penghargaan ke atas tujuan pelajar menilai kembali proses pembelajaran mereka untuk melengkapkan tugasan dan menyepadukan penilaian dengan pengajaran dan pembelajaran.Portfolio biasanya digunakan oleh artis dalam persembahan mereka dan trend ini semakin popular di sekolah, universiti dan institusi pengajian tinggi di Barat.
Di Malaysia, kaedah ini boleh diperkenalkan kepada pelajar kerana mampu melatih diri mereka untuk menilai prestasi diri sendiri dalam pembelajaran. Menyediakan portfolio adalah menyediakan perkembangan dan kemajuan diri.
Apabila pelajar merasai kejujuran adalah lebih penting daripada pengetahuan dan kepakaran, mereka menjadi seorang yang mencari-cari kesalahan. Tetapi jika mereka itu dinilai dan dihargai, seterusnya diajar tentang kejujuran, mereka akan berasa lebih positif terhadap pelajaran.
Antara kelebihan membina portfolio ialah :
• Portfolio memperkasa pelajar dengan mengalakkan amalan menilai iaitu mengkritik dan memberi maklum balas kepada keputusan-keputusan itu.
• Portfolio menggalakkan pelajar memberi tumpuan kepada kekuatan diri.
• Portfolio memberi ruang kepada pelajar untuk meningkatkan bidang-bidang kemahiran dan perkembangan diri.
• Portfolio menggabungkan semua aspek pembelajaran dengan melihat pelajar sebagai lengkap-melengkapi dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
• Portfolio menawarkan kepelbagaian (sumber untuk menjana kreativiti).
• Portfolio memberi galakan kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam menilai diri.
• Portfolio memberi pendekatan baru bagi menilai kemajuan pelajar.Bagi seorang guru dan pelajar, keperluan untuk belajar dan membina motivasi dan keyakinan adalah satu keutamaan. Portfolio dapat membantu pelajar memberi fokus untuk melihat kembali hasil kerja, refleksi, penetapan sasaran dan membuat tindakan. Bukti-bukti kemajuan dan pencapaian diuruskan dengan sempurna dapat menggambarkan keseluruhan prestasi kemajuan pelajar.
Kunci kepada perkembangan portfolio ialah :
1. Proses pembelajaranPortfolio menekankan penilaian diri, perbincangan yang bermakna dan pemikiran serta amalan menilai diri. Perkembangan boleh dilihat dari setiap peringkat berpusatkan pembelajaran dan penilaian pelajar.
2. PrinsipMelibatkan pelajar dalam proses penilaian membuat mereka merasakan penilaian diri adalah penting kerana menunjukkan apa yang telah dipelajari dan bagaimana ianya telah dicapai dan memberi mesej apa sebenarnya yang dinilai dalam pencapaian.Di samping itu pelajar dikehendaki untuk menumpukan perhatian ke atas pembelajaran mereka dan memasukkan contoh-contoh kerja daripada tugasan yang diberi. Pada masa yang sama, ia mencerminkan strategi dan proses yang digunakan dalam pembelajaran tersebut.
3. Penilaian diriPerkembangan portfolio menghendaki seseorang untuk memilih daripada koleksi kerja bagi dinilai tahap pencapaiannya mengikut tanda aras yang ditetapkan.
Memilih merupakan aktiviti yang mencabar kerana melibatkan proses memikir, memahami piawaian dan membuat kritikan terhadap hasil kerja berasaskan piawaian yang ditetapkan.Bagaimana membuat portfolio?
1. Carta portfolioDalam proses ini, pelajar dibenarkan untuk menggunakan perkataan sendiri dan direkodkan. Menggunakan bahasa orang dewasa akan mengganggu rasa berpunya pelajar berkenaan.
Contoh carta portfolio yang baik ialah :a. Apakah yang disifatkan sebagai pembaca yang baik?
(Tahun 1)-pergi ke sekolah-cikgu beritahu cerita dalam buku sebelum membacanya-membuat latihan setiap hari-seseorang yang membaca untuk saya-baca di sekolah, di rumah dan di perpustakaan-mesti menjadi pemikir yang baikb. Apakah yang disifatkan sebagai pembaca yang baik?
(Tahun 4)-tidak renggang dengan buku-mata sentiasa pada buku-tidak membiarkan gangguan semasa membaca-dapat menceritakan kembali kisah-kisah yang dibaca-membaca banyak buku-mencari makna yang tidak diketahui-memahami apa yang dibacaSemakin panjang proses pembelajaran yang dilalui, pelajar bertambah matang dan lebih bijak. Di penghujung pengajian, pelajar boleh menilai sendiri kefahaman mereka mengenai sesuatu topik dengan menambah atau mengurangkan ayat-ayat sebelum itu.
2. Mencontohi proses pemilihanProses menilai diri adalah pengalaman baru bagi kebanyakan pelajar. Sesetengah pelajar yang pintar dapat menilai hasil kerja mereka dengan amat baik.
Umpamanya, ulasan "sangat menarik," "ejaan betul" dan "bersih" dapat diberikan oleh pelajar ke atas kerjanya sendiri. Pelajar sebegini boleh diambil hasil kerja mereka sebagai contoh kepada pelajar-pelajar yang lain supaya dapat menepati tanda aras portfolio diri. Penilaian diri akan bertambah baik dari semasa ke semasa sehinggalah pelajar dapat menguasainya dengan baik.
3. Imbasan ke atas penilaian diriPenilaian diri adalah nadi kepada portfolio.
Kemahiran membuat penilaian mengandungi tiga komponen iaitu :
a. Saya memilih yang ini kerana ...
b. Saya telah belajar mengenai ...
c. Matlamat saya ialah ...
Ulasan daripada pelajar sendiri menjadikan penilaian lebih berkesan untuk perubahan. Mereka melatih diri untuk melakukan kerja, menyiapkannya dan memberi maklum balas ke atas hasil kerja.
Konsep ini dipanggil kaizen dalam organisasi di Jepun kerana ia menggalakkan penambahbaikan ke atas hasil kerja sendiri.Memperkenalkan penilaian diri melalui portfolio adalah sangat menguntungkan.
Apabila kita melihat para pelajar menjadi aktif dalam pembelajaran mereka sendiri, barulah disedari yang aktiviti ini memberi ruang kepada aspek yang signifikan dalam kitaran pembelajaran mereka.
Apabila pelajar berasakan mereka diperkasa, mereka akan menukar pandangan dan sikap terhadap pendidikan. Portfolio dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai hasil kerja, langkah-langkah untuk menyempurnakan kerja dan menghargai diri mereka sendiri.
Ia juga mendedahkan tahap berfikir pelajar dan guru boleh mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan bagi membina kemahiran-kemahiran berfikir yang seterusnya.
Mungkin satu masa nanti kita tidak perlu lagi kepada penilaian umum melalui peperiksaan tetapi cukup dengan penilaian diri daripada portfolio.
PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
Pengenalan
· Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
· Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
· Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.
Jenis Pemerhatian
Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:-
· Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
· Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
· Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang
Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah
· dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang
· menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
· dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
· tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
· jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan
Fungsi
1. Penilaian melalui pemerhatian :
· digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran
· dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran
· dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek
2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti
· menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan
· meningkatkan motivasi pelajar
· mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar
2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.
3. Pemerhatian yang terancang membantu guru :
· Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut
· Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif
· Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar
· Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar
· Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan
· Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri